16 dec 2007
2.30 am
atas katil, dorm D1
petang tadi sewaktu alin, adah dan ina berjalan kaki menuju ke dewan makan kelihatan sekumpulan peserta lelaki sedang berlari berkejaran dan lebih dramatik lagi mereka menerkam seorang peserta lelaki betul-betul di hadapan kami. mereka tarik tangan lelaki berkenaan ke belakang seperti seorang pesalah malah ada yang hampir menumbuk lelaki berkenaan.
kami tak tidak pasti apa yang menjadi faktornya tetapi alin dapat rasakan ini pasti kes menangkap pencuri yang menjadi kes malam tadi. mereka heret lelaki tadi dan membawanya terus kepada papa yang kebetulan ada di dewan makan pada ketika itu. papa suruh mereka lepaskan peserta itu, papa peluk dia dan suruh yang lain bersurai dan pergi makan.
kemudian alin dapat lihat papa pimpin tangan peserta lelaki itu keluar ke belakang dewan makan sambil berkata sesuatu dengannya. alin suka melihat cara papa yang penuh kasih sayang dan nilai kebapaan. syukur kerana mereka serahkan peserta lelaki berkenaan kepada papa dan bukan pak rani. tidak lama kemudian mama dan mummy datang ke arah papa. rimasnya alin lihat tampang mereka di situ seolah-olah makin menyesakkan keadaan.
papa memberi isyarat jari kepada mama dan mummy supaya senyap dan tidak menghebohkan berkenaan hal penangkapan pencuri kepada mana-mana jurulatih dan fasilitator. alin tersenyum melihat tindakan papa. alin percaya papa dan ustaz adalah orang yang terbaik untuk selesaikan kes dan bukan jurulatih kem mahupun mama dan mummy. kekerasan bukan jalan penyelesaian.
seusai solat maghrib tadi, ustaz menjelaskan segala yang berlaku. kata ustaz peserta berkenaan telah mengaku mencuri wang, mp3 dan telefon bimbit. ustaz minta jasa baik semua yang terlibat agar tidak berdendam dengannya serta memaafkannya. kata ustaz dia seorang yang dahagakan kasih sayang. salah asuhan juga menjadi faktornya berkelakuan demikian. cerita ustaz, dia seorang yang nakal sewaktu kecil. dek kerana tidak sanggup menjaganya lagi ibu bapanya menyerahkannya kepada ibu saudaranya. ibu saudaranya juga sukar untuk mengawalnya justeru menghantarnya ke kem ini dengan harapan dapat mengubah sikap anak saudaranya itu.
kata ustaz lagi, peserta lelaki berkenaan juga mengaku pernah meminum arak bersama rakan-rakannya di luar dan melakukan pelbagai lagi masalah sosial. ketika di kem ini juga di tidak pernah bersolat. bila diajak bersolat oleh ustaz dia enggan kerana katanya dia takut, dia telah banyak melakukan dosa serta katanya lagi panas. kata ustaz itulah akibat kerana minum arak.
ustaz memohon kepada kami semua agar dapat memaafkannya dan bersama-sama dengan ustaz untuk membantu ibu saudaranya membawanya ke jalan yang benar. jangan diabaikannya serta jangan dipulaukannya. nasihatkanlah dia dengan kata-kata yang baik dan berhikmah kerana ustaz khuatir jika jurulatih semua berpakat tidak membenarkannya meneruskan program dan menghantarnya pulang, dikhuatiri dia akan kembali kepada rakan-rakan lamanya dan mengulangi kesilapannya. alin sedih. semoga kemaafan dan penerimaan kami mampu membawa perubahan yang positif dalam dirinya.
jam sudah 3.30 pagi…masing-masing semua sedang sibuk membersihkan diri dan bersiap untuk tidur. sebelum pulang ke dorm sebentar tadi, mama memberitahu alin bahawa mesyuarat jurulatih dan fasilitator telah bersetuju melantik alin sebagai wakil pelajar yang akan memberikan ucapan dalam majlis penyerakan anak angkat di kampung melayu batu 16, rawang nanti. alin tidak bersetuju. kami sudah punya penghulu dan penghuluwati..mana fungsi mereka? adik-adik itu perlu diberi peluang dan pendedahan.
alin berjumpa dengan encik fuad untuk suarakan bantahan alin. encik fuad tetap bertegas. kemudian tiba-tiba tuan haji fadhli, pengerusi majlis belia selangor muncul dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya. katanya, "yes amalina, i know you can and i’m hoping the 4 of you can show good example to your adik-adik at rawang." inilah kelebihan tuan haji fadhli…alin sentiasa lembut hati melihat senyumanya.
wa sudah masuk ke dorm. alin perlu siapkan teks ucapan bersamanya sekarang.
~** irsyad jauhari **~